Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AS MUNGKIN KENAKAN LARANGAN PERJALANAN KE ATAS NEGARA TERJEJAS COVID-19

DUNIA

AS MUNGKIN KENAKAN LARANGAN PERJALANAN KE ATAS NEGARA TERJEJAS COVID-19

WASHINGTON: Presiden Donald Trump berkata beliau akan memutuskan sama ada mengenakan larangan perjalanan ke atas negara mencatatkan jumlah kes COVID-19 yang tinggi, lapor agensi berita Sputnik.

“Kita sedang meneliti perkara itu dan akan membuat keputusan mengenainya tidak lama lagi,” kata Trump pada Jumaat.

Pada hari sama, Jabatan Negara mengeluarkan nasihat perjalanan baharu supaya warga Amerika mempertimbangkan untuk mengunjungi Itali yang turut terjejas dengan wabak itu. 

Setakat ini, AS mencatatkan 62 kes disahkan termasuk enam pesakit telah pulih.

Dalam tempoh 24 jam lalu, beberapa kes baharu dilaporkan di Azerbaijan, Belarus, Iceland, Lithuania, New Zealand, Belanda dan Nigeria.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 53 negara terjejas setakat ini. Laporan harian WHO setakat Khamis menunjukkan 439 kes baharu di China dan 746 di lain-lain negara.

Itali mempunyai 78 kes baharu – tertinggi di Eropah manakala Iran 46 kes dan Kuwait 31 kes. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading