Connect with us

ALHIJRAH NEWS

BADAN LELAKI BERKECAI DIREMPUH DAN DIGILIS KERETA API

DALAM NEGARA

BADAN LELAKI BERKECAI DIREMPUH DAN DIGILIS KERETA API

Badan seorang lelaki berkecai selepas dirempuh dan digilis kereta api di Kampung Palekbang di tumpat pada tengah hari ini.

TUMPAT: Badan seorang lelaki berkecai selepas dirempuh dan digilis kereta api di Kampung Palekbang di sini pada tengah hari ini.

Dalam kejadian pada 12.40 tengah hari itu, mangsa dikatakan tidur di atas landasan sebelum dirempuh tren Ekspres Timuran dari Johor Bahru ke Tumpat.

Menurut saksi, Osman Mohd Yusof, 57, ketika kejadian dia sedang minum di kedai kopi berhampiran sebelum terdengar bunyi hon kereta api yang sangat kuat dan tren itu berhenti secara mengejut.

Dia kemudian ke lokasi kejadian dan pemandu kereta api memaklumkan terlanggar seseorang.

Osman kemudian ke lokasi kira-kira 300 meter dari tren itu untuk melihat mangsa dan terkejut melihat tubuh mangsa berkecai.

Saksi juga ternampak pakaian termasuk kain pelikat yang dipakai mangsa.

Osman bersama pemandu tren kemudian membuat laporan kejadian di Balai Polis Palekbang.

Ketua Polis Daerah Tumpat Asisten Komisioner Amran Dolah mengesahkan menerima laporan kejadian. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading