Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BANJIR: ANGKA KORBAN MENINGKAT, RIBUAN HILANG DI JERMAN

DUNIA

BANJIR: ANGKA KORBAN MENINGKAT, RIBUAN HILANG DI JERMAN

JERMAN: Angka korban insiden hujan lebat dan banjir besar yang melanda di Barat Jerman semalam terus meningkat melebihi 80 orang manakala ribuan penduduk masih belum ditemui.

Menurut laporan media tempatan, insiden tersebut telah mengakibatkan hampir keseluruhan kawasan terutamanya di Rhineland-Palatinate dan Rhine-Westphalia Utara musnah dengan bangunan serta kenderaan hancur dibawa arus deras.

Di Rhine-Westphalia Utara sahaja, sekurang-kurangnya 1,300 mangsa hilang terutamanya di daerah Ahrweiler di Selatan Cologne.

Lebih teruk, rangkaian telefon bimbit terjejas di beberapa wilayah yang membuatkan misi pencarian mangsa hilang sukar dilakukan.

Jalan raya di sekitar Erftstadt juga tidak dapat dilalui oleh kenderaan kerana musnah akibat banjir tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Negeri Rhineland-Palatinante, Malu Dreyer menyifatkan bencana itu yang terburuk sejak Perang Dunia Kedua sehingga menyebabkan penduduk terpaksa memanjat bumbung rumah untuk berlindung dan mencari bantuan.

Walaubagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Jerman, Horst Seehofer memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan memberikan sokongan kewangan bagi wilayah-wilayah yang terjejas secepat mungkin. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading