Connect with us

ALHIJRAH NEWS

BANJIR: MASJID DISARAN BUAT SOLAT HAJAT SELEPAS SOLAT JUMAAT

DALAM NEGARA

BANJIR: MASJID DISARAN BUAT SOLAT HAJAT SELEPAS SOLAT JUMAAT

KUALA LUMPUR: Masjid di seluruh negara disaran mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat, esok dan berdoa bagi dipermudahkan urusan dan mengelak sebarang kesulitan di negeri yang dilanda banjir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan terdapat seramai 12,131 mangsa banjir di Kelantan, Terengganu (1,106) dan Johor (21) setakat malam tadi.

“Semoga Allah memudahkan segala urusan dan mengelakkan sebarang kesulitan di negeri-negeri dilanda bencana banjir ketika ini.

“Semoga Allah sentiasa memelihara negara ini daripada sebarang bencana yang tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mujahid berkata media turut melaporkan, setakat malam tadi, masih ada daerah-daerah yang mencatatkan peningkatan mangsa banjir.

— BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading