BRICKFIELDS: Tular sepucuk surat daripada seorang kanak-kanak meluahkan rasa ketidakpuasan dihalau dari berada di saf pertama ketika menunaikan solat di sebuah surau di sini.
Kanak-kanak bernama Nadzrul Zarfan Sharul Azly itu berani meluahkan isi hatinya kepada pengerusi surau dah ahli jawatankuasa (AJK), namun tidak dinyatakan lokasinya.
Menerusi surat tertera logo sekolah dari Maktab Rendah Sains Mara itu, Nadzrul Zarfan mempersoalkan tindakan pengerusi surau memintanya solat di saf ketiga sedangkan dirinya perlu berada di saf hadapan.
“Assalamualaikum tok imam, tok pengerusi surau dan semua AJK surau, saya ingin bertanya, adakah hadis Rasulullah SAW yang menyatakan budak-budak kena duduk belakang ketika solat? Mesti tak ada kan. Kenapa semalam tok pengerusi halau saya dari saf pertama sampai saya kena duduk kat saf ketiga.
“Saya sebenarnya sudah berkhatan. Tok pengerusi tak bolehlah halau saya dari saf pertama dan lagi satu ya, saya nak tanyalah, harap tok pengerusi jangan marah. Kenapa kalau ada budak kecil duduk dekat saf pertama tok pengerusi atau orang lain akan halau budak itu?
“Sebelum nak halau budak ke atau orang lain, tanya dulu sama ada sudah berkhatan atau belum. Walaupun saya masih budak, saya solat khusyuk bukan semua budak-budak suka main waktu solat.
“Sewaktu saya di Makkah dan Madinah, saya tidak pernah dihalau untuk solat di belakang. Saya pernah solat di hadapan Kaabah dan tidak ada sesiapa yang halau saya. Saya tidak setuju dengan budak kecil kena duduk belakang sewaktu solat. Budak kecil juga ada hak untuk duduk depan,” luahnya.
Surat dimuat naik di Twitter @hafizisaari mendapat perhatian netizen dan kini hantaran itu lebih 17,700 ciapan dan 12,600 tanda suka.
SUMBER FOTO SINAR HARIAN
Rata-rata netizen membaca surat itu turut menyokong tindakan Nadzrul Zarfan dan menyifatkan kanak-kanak itu seorang yang bijak dan berani bersuara.
@mhmmdnazri, “Sesungguhnya saya berpihak kat budak tu, saya pun pernah kena halau macam itu masa kecil.”
“Bagus budak ni bersuara, saya dah besar ni pun tak berani lagi nak bersuara,” ciap @roiKiz pula.
Kata @emiliolazario, “Saya pun tak faham kenapa ada keperluan asingkan kanak-kanak sedangkan laungan mengimarahkan surau dan masjid selalu kedengaran. Kalau dari kecil sudah diasingkan memang mereka akan menjauhi surau atau masjid apabila dewasa.”
Sementara itu, menerusi Twitter @nazira_rahim, mengesahkan surat itu adalah milik anaknya, namun ia ditulis pada 2017 dan kembali tular.
“Terima kasih di atas sokongan semua. Surat ini ditulis oleh anak saya, Nadzrul Zarfan pada tahun 2017 semasa umur dia 8 tahun.
“Surat ini telah diserahkan kepada pihak masjid yang berkenaan pada 2017 dan selepas kejadian itu, dia tidak lagi dihalau untuk solat di saf belakang,” ciapnya. — SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests