BANTU MUALAF LANJUTKAN PENGAJIAN ISLAM DI PERINGKAT LEBIH TINGGI

KUALA LUMPUR: Mualaf yang ingin melanjutkan pengajian Islam di peringkat lebih tinggi akan dibantu oleh kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau amat berbangga dengan pencapaian semasa saudara Islam baharu, terutama mereka yang menimba ilmu di Kompleks Darul Hidayah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

“Saya amat berbangga dengan pencapaian semasa saudara kita di sini. Saya tidak teragak-agak untuk membantu saudara kita di sini untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian Islam di peringkat yg lebih tinggi di dalam dan luar negara jika ada yang benar-benar berkelayakan.

⁣”Semasa belajar di Universiti Islam Madinah dahulu, ramai kawan-kawan saya adalah mualaf dari Amerika Syarikat, China dan lain-lain. Mereka pulang menjadi pendakwah dan ilmuan terkemuka di negara masing-masing,” katanya.

Zulkifli berkata demikian dalam ciapan di Twitter rasminya selepas menghadiri Majlis Apresiasi Kelas Mualaf JAWI Sesi 2019/2020 di Kompleks Darul Hidayah MAIWP hari ini.⁣

Beliau turut mendoakan mendoakan semoga alumni Kompleks Darul Hidayah MAIWP dapat menyebarkan ilmu yang diperoleh untuk manfaat bersama. — AlHijrah Online / Zaim Zamani

Leave a Reply