BANTUAN TUNAI SEHINGGA TIGA BULAN MELALUI BANTUAN KHAS COVID-19

KUALA LUMPUR: Bagi memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pemberian bantuan tunai melalui inisiatif Bantuan Khas COVID-19 (BKC).

Menurut Muhyiddin, melalui BKC isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan November, dan RM300 pada bulan Disember.

Individu bujang kategori miskin tegar pula katanya akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan November.

“Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan Disember. Manakala bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos.

“Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan Ogos nanti,” katanya dalam Perutusan Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) hari ini.

Menurut beliau secara keseluruhan, pemberian khas BKC ini dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion. — AlHijrah Online

Leave a Reply