Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAPA “THE POCKET ROCKETMAN” MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

BAPA “THE POCKET ROCKETMAN” MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Bapa kepada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang meninggal dunia, awal pagi tadi.

Sebelum ini, media melaporkan Allahyarham Awang Embong menghadapi penyakit ‘mild stroke’.

Menerusi hantaran di Instagram @azizulhasniawang , beliau meminta orang ramai agar mendoakan Allahyarham bapanya agar ditempatkan dengan orang yang beriman.

“Semoga Ayah diampunkan segala dosanya, diterima segala amal ibadatnya, dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman,” katanya, hari ini.

Sebelum ini, Allahyarham pernah dimasukkan ke hospital semasa Azizulhasni berangkat ke Jepun untuk menyertai acara Keirin di Sukan Olimpik Tokyo 2020.–AlHijrah Online

Allahyarham Awang Embong, bapa kepada Datuk Mohd Azizulhasni Awang.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading