Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAS BAWA PELAJAR USIM TERBABAS LANGGAR POKOK

DALAM NEGARA

BAS BAWA PELAJAR USIM TERBABAS LANGGAR POKOK

Sumber Gambar: Orang Awam

SEREMBAN: Sebuah bas persiaran yang membawa pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terbabas lalu melanggar sebatang pokok dalam satu kemalangan di Bandar Baru Nilai, di sini pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Nilai Raihan Che Mat berkata pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada kira-kira 7.40 pagi.

Dalam kejadian itu, empat pelajar USIM masing-masing mengalami kecederaan di tangan dan di bahagian tulang belakang.

Sumber Gambar: Orang Awam

“Bas itu membawa 17 pelajar dan sedang dalam perjalanan ke USIM.

“Kami menerima laporan mengenai tumpahan minyak di atas jalan raya berhadapan McDonald’s di Bandar Baru Nilai dan bas dipercayai terbabas kemungkinan berpunca daripada tumpahan minyak itu,” katanya seperti dilapor BERNAMA, hari ini.

Kesemua pelajar itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) dengan ambulans unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) dan Kementerian Kesihatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading