Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAS SMART SELANGOR KEMALANGAN: DUA KANAK-KANAK TURUT TERLIBAT

DALAM NEGARA

BAS SMART SELANGOR KEMALANGAN: DUA KANAK-KANAK TURUT TERLIBAT

Tujuh orang mangsa termasuk dua kanak-kanak terlibat dalam insiden kemalangan jalan raya melibatkan sebuah Bas Smart Selangor sekitar jam 8.45 malam semalam.

SELANGOR: Tujuh orang mangsa termasuk dua kanak-kanak terlibat dalam insiden kemalangan jalan raya melibatkan sebuah Bas Smart Selangor sekitar jam 8.45 malam semalam.

Difahamkan, bas tersebut sedang beroperasi di kawasan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Negeri Selangor, Ng Sze Han dalam satu kenyataan memaklumkan, penilitian lanjut berhubung kes tersebut akan dilakukan selepas laporan penuh diterima.

Kerajaan negeri dalam pada itu menegaskan bahawa mereka amat menitikberatkan keselamatan pengguna pengangkutan awam khususnya perkhidmatan Bas Smart Selangor.

Kesemua mangsa yang terlibat telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading