BAYARAN HAJI B40 TAHUN INI DITETAPKAN RM12,356 – TH
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan kadar bayaran bagi bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang akan menunaikan ibadah itu buat kali pertama, ditetapkan pada RM12,356 seorang tahun ini.
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan kadar bayaran bagi bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang akan menunaikan ibadah itu buat kali pertama, ditetapkan pada RM12,356 seorang tahun ini.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Syed Hamadah Syed Othman berkata kadar bayaran bagi bakal haji kumpulan M40 yang kali pertama menunaikan rukun Islam kelima itu pula ialah RM19,152 seorang.
Beliau berkata perkara ini susulan kos haji bagi seorang bakal haji Muassasah untuk menunaikan ibadat itu tahun ini ditetapkan RM33,300 berbanding RM30,850 tahun lepas.
“Kadar ini telah mengambil kira keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap bakal haji kumpulan B40 dan kerajaan akan menanggung sebanyak RM1,000 seorang.
“Bakal haji kumpulan B40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji dan bantuan kerajaan berjumlah RM20,944 seorang atau bersamaan dengan 63 peratus daripada kos haji.
“Sementara itu, bakal haji kumpulan M40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji berjumlah RM14,148 seorang atau 42 peratus daripada keseluruhan kos haji,” katanya pada sidang media Pengumuman Surat Tawaran dan Bayaran Haji 1445H/2024M di Menara TH di sini hari ini.
Syed Hamadah berkata bagi kumpulan T20, mereka akan dikenakan bayaran penuh kos untuk menunaikan haji sebanyak RM33,300 seorang.
“TH turut terdedah kepada faktor di luar kawalan seperti peningkatan kadar inflasi, cukai nilai tambah dan caj perkhidmatan di Tanah Suci,” katanya sebagai mengulas peningkatan kos haji itu.
Dalam usaha mengawal peningkatan kos haji, beliau berkata TH telah memeterai perjanjian kontrak jangka panjang melibatkan penerbangan, penginapan, sajian makanan dan beberapa perkhidmatan di Arab Saudi.
“Walaupun berlaku kenaikan kos haji, TH tetap mencari kaedah terbaik mengimbangi usaha memberikan perkhidmatan cemerlang demi kebajikan jemaah negara di samping mengekalkan kelestarian kedudukan kewangan.
“Struktur bayaran haji ini, iaitu jemaah haji golongan B40 dan M40 masing-masing menikmati Bantuan Kewangan Haji hingga 42 peratus dan 60 peratus daripada kos sebenar, akan memberi tekanan terhadap kedudukan kewangan TH,” katanya.
Menurut beliau sejak 2001, TH membelanjakan sejumlah RM2.4 bilion bagi Bantuan Kewangan Haji dan dijangka membiayai kos sebanyak RM350.1 juta bagi musim haji tahun ini.
Sementara itu, Syed Hamadah berkata TH akan mula mengeluarkan Surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaah haji 2024 bermula hari ini.
“Bakal haji perlu mencukupkan bayaran haji dan lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran berkenaan dalam tempoh 11 hari bekerja melalui aplikasi THiJARI atau untuk kes-kes tertentu boleh mengunjungi mana-mana cawangan TH berdekatan,” katanya.
Beliau berkata daripada 31,600 jemaah yang layak menunaikan haji tahun ini, dijangkakan 40 peratus daripadanya ialah kumpulan B40, manakala 58 peratus terdiri dalam kumpulan M40 dan selebihnya ialah kumpulan T20.
Bagi pemilihan bakal haji, beliau berkata TH akan mengutamakan bakal haji yang berbaki pada tahun lepas dan mereka yang gilirannya adalah pada tahun ini.
“Hal ini berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu, didahulukan. Rayuan haji melalui platform dalam talian THiJARI akan dibuka bermula 26 Jan ini,” katanya.
Syed Hamadah berkata sekiranya ada penolakan surat tawaran haji dan terdapat kekosongan, maka ia akan diisi oleh mereka yang membuat permohonan rayuan serta berkelayakan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests