BAYI 14 HARI DAN IBU MAUT KEMALANGAN

GAMBAR KREDIT SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan berusia 14 hari maut selepas kereta dinaiki empat sekeluarga terbabit nahas di Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam.

Turut terkorban dalam kemalangan tersebut ibu bayi berkenaan yang juga warga Indonesia berusia 28 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, bayi berkenaan dipercayai tercampak keluar dari kenderaan selepas kereta jenis Proton Saga yang dinaiki dan dalam perjalanan dari arah Ampang ke Lembah Jaya hilang kawalan sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, selepas melanggar pembahagi jalan, kereta berkenaan kemudian masuk ke laluan bertentangan.

Ibu bayi disahkan maut ditempat kejadian selepas tersepit di bahagian tempat duduk penumpang hadapan.

Suami mangsa yang memandu kenderaan terbabit mengalami cedera ringan.

Seorang lagi anak pasangan terbabit iaitu kanak-kanak lelaki berumur empat tahun cedera parah dan sedang dirawat di Jabatan Kecemasan Hospital Ampang.

Mohamad Farouk meminta saksi kejadian tampil mnyalurkan maklumat ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya dan
kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — AlHijrah Online

Leave a Reply