MELAKA: Seorang bayi lelaki berusia setahun lima bulan dan ibunya cedera selepas dihempap sebatang pokok ru yang tumbang ketika berkelah di Pantai Puteri, Tanjung Kling dalam kejadian 6.30 petang semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor Tuminah Kadi berkata semasa kejadian, kedua-dua mangsa sedang duduk di kawasan berkenaan dengan bayi tersebut sedang didukung oleh ibunya manakala dua lagi anaknya serta suami sedang mandi-manda di pantai.
“Tiba-tiba sebatang pokok ru tumbang menghala ke laut menyebabkan ranting dan dahan pada bahagian tengah pokok menghempap kedua-dua mangsa. Dahan pokok itu menghempap belakang kepala ibu bayi tersebut menyebabkan mereka tersembam ke pasir.
“Mangsa kemudiannya dibantu oleh orang ramai dengan mengalihkan dahan pokok tersebut termasuk mengorek pasir sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka oleh ambulans,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ketika kejadian Tuminah bersama calon Barisan Nasional (BN) Tangga Batu Datuk Lim Bang Hong sedang menyantuni pengunjung di sekitar lokasi sebelum dimaklumkan oleh penduduk mengenai kejadian tersebut pada 6.45 petang.
Katanya, bayi tersebut didapati mengalami kesesakan nafas akibat tersembam ke pasir dan setakat ini masih menerima rawatan.
Sementara itu, Tuminah berkata kejadian pokok tumbang bukanlah pertama kali berlaku sebaliknya sudah kerap terjadi memandangkan usia pokok berkenaan sudah melebihi 20 tahun di samping berlaku hakisan pantai.
Katanya, walaupun kerja-kerja cantasan dilakukan secara berkala oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) namun faktor akar pokok ru yang tidak mempunyai akar tunjang menyebabkan ia tidak kukuh seperti pokok lain.
“Saya sudah meminta MBMB agar menebang sebahagian pokok yang sudah tua dan tidak lagi kukuh bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
“Pada masa sama, kita juga bercadang untuk menutup sementara pantai bagi aktiviti perkhemahan memandangkan musim hujan pada ketika ini boleh membahayakan pengunjung,” katanya.
Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh ketika dihubungi berkata bayi berkenaan masih diberi rawatan untuk menstabilkannya dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager