BBC TOLAK DOKUMENTARI GAZA, CHANNEL 4 AMBIL ALIH SIARAN
Saluran penyiaran Britain, Channel 4 akan menayangkan sebuah dokumentari mengenai pengalaman petugas perubatan di Gaza selepas BBC menarik diri daripada menyiarkannya.
LONDON: Saluran penyiaran Britain, Channel 4 akan menayangkan sebuah dokumentari mengenai pengalaman petugas perubatan di Gaza selepas BBC menarik diri daripada menyiarkannya, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dokumentari bertajuk “Gaza: Doctors Under Attack” itu pada asalnya ditugaskan oleh BBC lebih setahun lalu kepada syarikat penerbitan bebas, Basement Films.
Ia memaparkan pengalaman secara langsung petugas kesihatan Palestin di barisan hadapan dan menyiasat dakwaan serangan terhadap hospital serta kemudahan perubatan di Gaza.
Walaupun dokumentari itu telah siap, BBC menangguhkan siarannya dengan alasan sedang menjalankan semakan dalaman berhubung satu lagi program berkaitan wilayah berkenaan.
BBC kemudiannya memutuskan untuk tidak menyiarkannya atas alasan dokumentari itu boleh mencetuskan “tanggapan berat sebelah yang tidak selari dengan piawaian tinggi yang sewajarnya dijangkakan oleh orang ramai.”
Dokumentari khas itu kini dijadual disiarkan di Channel 4 pada 10 malam, Rabu, 2 Julai.
Channel 4 memaklumkan bahawa dokumentari itu telah melalui proses semakan fakta dan penyuntingan mengikut piawaian editorial Channel 4 serta Kod Penyiaran Ofcom.
Ketua Berita, Hal Ehwal Semasa dan Dokumentari Khas Channel 4, Louisa Compton berkata dokumentari ini adalah laporan yang teliti dan penting kerana ia mengemukakan bukti yang menyokong dakwaan pencabulan serius undang-undang antarabangsa oleh tentera Israel.
“Ia wajar disaksikan secara meluas dan mencerminkan komitmen Channel 4 terhadap kewartawanan yang berani dan tidak gentar,” katanya.
Basement Films, yang sebelum ini menghasilkan dua dokumentari berkaitan perang di Gaza sejak 7 Okt 2023, menyifatkan penghasilan dokumentari ketiga ini sebagai yang paling mencabar setakat ini.
“Ini adalah filem ketiga kami tentang serangan ke atas Gaza sejak 7 Okt.
“Tiada satu pun yang mudah, namun yang ini paling sukar sekali.
“Seperti biasa, kami amat berterima kasih kepada rakan-rakan kami di Palestin, lebih 200 daripada mereka telah terkorban akibat serangan Israel, serta para doktor dan petugas kesihatan yang mempercayai kami untuk menyampaikan kisah mereka,” menurut syarikat itu. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked