KERAJAAN SEDIA TERIMA TEGURAN BERHUBUNG SISTEM PERCUKAIAN – PM ANWAR
Kerajaan sentiasa mengamalkan keterbukaan dan sedia menerima sebarang teguran berhubung sistem percukaian, tetapi ia perlu berlandaskan kepada fakta yang tepat.
PUTRAJAYA: Kerajaan sentiasa mengamalkan keterbukaan dan sedia menerima sebarang teguran berhubung sistem percukaian, tetapi ia perlu berlandaskan kepada fakta yang tepat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berucap pada majlis perjumpaan bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini, Anwar berkata sebarang kritikan adalah diterima, tetapi perlu melalui saluran betul serta tidak bersifat fitnah dan berunsur maki hamun.
“Saya lihat ada beberapa mahasiswa mengeluh tentang pelarasan bil elektrik, saya tidak faham. Kadar elektrik tak naik, adakah benar dia terkesan. Kalau benar, kita harus betulkan kerana universiti awam dikecualikan…
“Hal-hal ini umpamanya kalau disebar kerana kebebasan, itu akan jadi ruang fitnah, ruang maki hamun. Jadi saya harap saudara saudari, adik-adik atau anak-anak, tolong berikan fakta, saya tidak ada masalah orang menegur dan mengkritik,” katanya.
Anwar berkata pelarasan tarif elektrik dan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) adalah bagi memastikan golongan mempunyai kemampuan kewangan tinggi boleh menyumbang bahagian yang lebih adil, di samping melindungi sebahagian rakyat daripada tekanan kewangan tidak wajar.
“Cukai yang kita bagi (laksanakan), kalau boleh tidak mahu bebankan rakyat, tetapi andai kata ada satu dua yang terkena (terkesan), boleh kita baiki, tapi untuk mengatakan menentang kenaikan (pelarasan) elektrik, saya fikir itu tak betul,” katanya.
Pada 9 Jun lepas, kerajaan mengumumkan semakan bersasar kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.
Pada 13 Jun lepas pula, Suruhanjaya Tenaga (ST) memaklumkan lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung akan menikmati kadar elektrik lebih adil dan progresif menerusi pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang diluluskan kerajaan yang berkuat kuasa mulai 1 Julai ini hingga 31 Dis 2027. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests