BEKAS POLIS SEBAK KENANG TRAGEDI DALAM SERANGAN HENDAP KOMUNIS
Rasa sebak dan sedih tidak dapat disembunyikan setiap kali saya terkenangkan peristiwa kira-kira setengah abad yang lepas apabila ketua platun saya maut ditembak tepat di kepala dalam serangan hendap pengganas komunis, luah seorang bekas anggota Pasukan Polis Hutan (PPH), Mohammad Noh Mansor, 73.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Abd Khalid Othman (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Exco Pusat Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM Muhammad Noh Mansor pada Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216 Tahun 2023 Kontinjen Negeri Sembilan di Dataran Kawad Sekolah Latihan Kontinjen (SLK) IPK hari ini. Sumber Gambar: BERNAMA
SEREMBAN: Rasa sebak dan sedih tidak dapat disembunyikan setiap kali saya terkenangkan peristiwa kira-kira setengah abad yang lepas apabila ketua platun saya maut ditembak tepat di kepala dalam serangan hendap pengganas komunis, luah seorang bekas anggota Pasukan Polis Hutan (PPH), Mohammad Noh Mansor, 73.
Mengimbau detik cemas itu, Mohammad Noh yang berusia 19 tahun ketika itu terpaku melihat ketua platun dikenali sebagai ‘Sarjan Lee’ berada tidak jauh darinya, mati ditembak semasa semua anggota platun itu sedang berehat seketika selepas meronda di Sibu pada awal 1970an.
“Satu peristiwa yang tidak pernah saya lupakan, ketika sedang membuat rondaan, ketua platun ditembak komunis tepat di kepala dan dia rebah di depan mata saya sendiri.
“Ketika itu Sarjan platun mahu berehat sebentar di kawasan yang selamat, tetapi tidak sangka diserang, peristiwa itu sungguh menyayat hati, berlaku di depan mata saya,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-216 Peringkat Kontinjen Negeri Sembilan yang disertai kira-kira 400 anggota, yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis negeri SAC Abd Khalid Othman.
Mohammad Noh menerima sijil penghargaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pesara yang telah berkhidmat 36 tahun sebagai anggota polis.
Selain itu, setiap kali menjelang Aidilfitri, bapa kepada dua anak itu juga turut mengenang peristiwa diserang hendap komunis sehari sebelum sambutan Aidilfitri di Jakar, Sarikei pada tahun 1972.
Katanya dalam kejadian itu beliau bersama 29 anggota platunnya baru menyelesaikan tugas di Kawasan Keselamatan Rajang (Rascom) selama dua bulan mengawal sebuah pangkalan pasukan keselamatan.
“Ketika itu petang terakhir Ramadan, anggota sedang membuat rondaan, apabila pasukan diserang hendap ketika dalam perjalanan, mujur peristiwa yang kedua ini tidak mengorbankan anggota platun. Kita membalas serangan hendap itu secara emergency,” katanya yang telah bersara sejak 2005.
Meskipun kini sudah berusia 73 tahun, Mohamad Noh masih aktif sebagai Exco Pusat Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM bagi membantu bekas-bekas polis yang memerlukan.
Katanya persatuan itu menjaga kebajikan kira-kira 4,000 pesara polis termasuk ahli di Sabah dan Sarawak yang memerlukan bantuan seperti kesihatan dan lain-lain.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked