KAKITANGAN HOSPITAL DIDAKWA MEMANDU BAWAH PENGARUH ALKOHOL
Seorang kakitangan sebuah hospital awam yang ditahan selepas mengamuk dan memukul dua orang pegawai rendah polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu kenderaan ketika di bawah pengaruh alkohol.
IPOH: Seorang kakitangan sebuah hospital awam yang ditahan selepas mengamuk dan memukul dua orang pegawai rendah polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu kenderaan ketika di bawah pengaruh alkohol.
Jazvinjit Singh, 30, didakwa sebagai pemandu sebuah kereta telah memandu kenderaan itu dengan kadar alkohol melebihi had yang ditetapkan iaitu 167 miligram (mg) alkohol dalam 100 mililiter (ml) darah, lebih 117mg daripada had yang ditetapkan iaitu 50mg per 100ml.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan Pos Pengawal Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) Ipoh di Jalan Lapangan Terbang Off Jalan Angsana di sini pada 12.10 tengah malam, Jumaat lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda minimum RM10,000 serta maksimum RM30,000 jika sabit kesalahan.
Selain itu tertuduh juga boleh hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tidak kurang dua tahun dari tarikh sabitan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. M Moganaraj Mithra manakala Jazvinjit diwakili peguam Ranjit Singh Sandhu.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan menetapkan 3 April untuk sebutan semula kes.
Pada Jumaat lepas, polis menahan lelaki itu yang disyaki di bawah pengaruh alkohol selepas mengamuk dan memukul dua orang pegawai rendah polis di hadapan PLPGU.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan dilaporkan berkata lelaki berkenaan terlanggar pengadang jalan berhampiran pos pengawal sebelum mengamuk semasa pemeriksaan dilakukan terhadapnya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked