Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BOLEH MEMAKAI PAKAIAN TRADISIONAL KAUM LAIN – ZULKIFLI

DALAM NEGARA

BOLEH MEMAKAI PAKAIAN TRADISIONAL KAUM LAIN – ZULKIFLI

KUALA LUMPUR: Pemakaian baju tradisional kaum lain bagi umat Islam tidak menjadi kesalahan selagi ia menutup aurat.

Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Albakri menjelaskan, pakaian tersebut juga perlu dipastikan tidak menyerupai agama lain.

“Dalam Islam mesti menutup aurat dengan ada terma-terma pakaian yang diizinkan, tidak menyerupai dalam bentuk keagamaan yang berlainan daripada agama Islam.

“Maka itu dibenarkan dengan kesopanan, tatasusila dan seumpamanya,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan 2020 Peringkat Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Baru-baru ini tular gambar pelakon dan pengacara terkenal Mira Filzah yang mengayakan pakaian tradisional kaum India iaitu ‘Sari’ dan mendapat pelbagai reaksi netizen termasuk kritikan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading