Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BORANG RENTAS NEGERI BESERTA TANDATANGAN PALSU, POLIS BUKA SIASATAN

DALAM NEGARA

BORANG RENTAS NEGERI BESERTA TANDATANGAN PALSU, POLIS BUKA SIASATAN

KEMAMAN: Polis membuka kertas siasatan berhubung isu borang rentas negeri kosong yang sudah ditandatangani dan dicop pihak berkuasa yang tular di media sosial, sejak Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, siasatan awal mendapati tandatangan Ketua Polis Balai Chukai, Inspektor Mohd. Ramizan Ramli telah dipalsukan dalam borang rentas negeri berkenaan.

“Siasatan awal dijalankan mendapati terdapat pemalsuan tandatangan milik Ketua Polis Balai Polis Chukai pada borang rentas negeri itu.

“Kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemalsuan dengan niat hendak menipu,” katanya.

Menurutnya, borang rentas negeri ini dikeluarkan untuk seorang wanita yang ingin ke Kuala Lumpur bagi tujuan menghadiri temuduga yang dijadualkan pada 8 April.

Hanyan mengulas lanjut, kes berkenaan turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).

Terdahulu, seorang wanita memuat naik borang rentas negeri yang dikeluarkan Balai Polis Chukai yang kononnya telah ditandatangani Ketua Polis Balai Chukai, pada status akaun media sosialnya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading