Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BUANG HASAD DENGKI, FITNAH ANTARA SATU SAMA LAIN – SULTAN SELANGOR

DALAM NEGARA

BUANG HASAD DENGKI, FITNAH ANTARA SATU SAMA LAIN – SULTAN SELANGOR

Sumber Gambar: ARKIB

KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru umat Islam memperbaharui azam dan tekad mengubah cara berfikir serta bertindak ke arah mencapai matlamat kecemerlangan hidup.

Titah baginda menerusi Facebook Selangor Royal Office, umat Islam perlu mencontohi sifat terpuji Nabi Muhammad S.A.W dengan membuang segala sikap negatif dalam diri.

“Ini termasuk sifat hasad dengki dan fitnah memfitnah yang dilakukan antara satu sama lain terutama di media sosial.

“Ia boleh meruntuhkan perpaduan sesama ummah dan memberi kesan yang buruk terutama kepada generasi akan datang,” titahnya bersempena sambutan Ma’al Hijrah 1443M.

Ucapan sambutan Ma’al Hijrah 1443M turut dizahirkan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Sementara itu, baginda bertitah untuk menjauhi segala perkara yang boleh membawa kepada kemungkaran dan sifat tercela.

“Ia seperti berdusta, khianat, menyembunyikan kebenaran dan menyebarkan berita palsu yang merupakan sifat orang munafik.

“Beta berharap sambutan Ma’al Hijrah kali ini dihayati dengan penuh kesedaran dan kefahaman mengenai pentingnya penghayatan nilai murni di dalam Islam diterjemah kepada setiap aspek kehidupan,” titahnya.

Baginda turut menyeru umat Islam berdoa semoga negara ini sentiasa dilimpahi rahmat Allah serta dijauhkan daripada wabak penyakit dan kekal hidup dalam suasana aman, makmur dan sejahtera.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading