BUAT PENGGAMBARAN DI LOKASI TRAGEDI PEMBUNUHAN, CNN MOHON MAAF
BANGKOK: CNN mengemukakan permohonan maaf susulan insiden menjalankan penggambaran di pusat asuhan kanak-kanak di Uthai Sawan, Nong Bua Lamphu yang menjadi lokasi pembunuhan berdarah serta menarik balik video itu daripada laman sesawangnya.
BANGKOK: CNN mengemukakan permohonan maaf susulan insiden menjalankan penggambaran di pusat asuhan kanak-kanak di Uthai Sawan, Nong Bua Lamphu yang menjadi lokasi pembunuhan berdarah serta menarik balik video itu daripada laman sesawangnya.
Dua wartawan CNN itu – seorang warga Australia, 47, dan seorang warga Britain, 34 – didenda 5,000 baht dan meninggalkan negara itu selepas pihak berkuasa mendapati mereka menyalahgunakan visa pelancong.
Bagaimanapun, mereka dibebaskan daripada tuduhan memasuki dan membuat penggambaran di tempat kejadian tanpa kebenaran.
Timbalan Ketua Polis Negara Jeneral Surachate Hakparn berkata siasatan mendapati pasukan itu mendapat kebenaran daripada pegawai kesihatan yang berada di tempat kejadian.
Kedua-dua wartawan berkenaan tidak menyedari bahawa pegawai kesihatan itu tidak mempunyai kuasa memberi kebenaran untuk memasuki premis terbabit, katanya.
Kedua-dua wartawan itu turut mengemukakan permohonan maaf.
“Saya ingin memohon maaf kepada rakyat Thailand terutamanya keluarga mangsa tragedi.
“Kami sangat menyesal dengan perbuatan kami yang telah menambahkan lagi kesedihan dan penderitaan. Itu bukan niat kami,” kata seorang daripada kru CNN Anna Coren.
Sementara itu, naib presiden eksekutif dan pengurus besar CNN International Mike McCarthy turut memohon maaf.
Dalam satu kenyataan, beliau kesal atas kesilapan yang dibuat dan kesulitan yang mungkin dihadapi polis Thailand
Beliau berkata CNN telah berhenti menyiarkan laporan itu dan menarik balik video itu daripada laman sesawangnya.
“Pihak kami tidak pernah berniat untuk melanggar mana-mana peraturan dan tiada tali garisan polis di sekitar tempat kejadian ketika itu.
“Selepas membuat rakaman selama kira-kira 15 minit, pasukan itu cuba beredar namun, pintu pagar perkarangan ditutup dan tali garisan polis telah dipasang, mereka terpaksa memanjat pagar untuk keluar,” katanya.
Kelab Wartawan Asing ke Thailand (FCCT) menegaskan tindakan dua kru CNN itu adalah tidak profesional dan melanggar etika kewartawanan dalam pelaporan jenayah.
Pada Khamis seorang anggota polis yang dipecat bertindak membunuh 36 orang termasuk 24 kanak-kanak berusia antara dua hingga empat tahun dan 12 dewasa termasuk isterinya di Uthai Sawan di wilayah Nong Bua Lamphu.
Lelaki berusia 34 tahun itu dilaporkan membunuh 23 kanak-kanak yang sedang tidur selepas mereka selesai menikmati makan tengah hari.
Pembunuh kemudian melarikan diri dari tempat kejadian dan pulang ke rumah dan membunuh isteri serta anak lelakinya sebelum bertindak membunuh diri. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests