Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUSPEK BUNUH WANITA WARGA EMAS DITAHAN

DALAM NEGARA

SUSPEK BUNUH WANITA WARGA EMAS DITAHAN

Polis menahan seorang suspek lelaki pada Sabtu, dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang wanita warga emas di Taman Paroi Jaya dekat sini, pada 23 Sept lepas.

SEREMBAN: Polis menahan seorang suspek lelaki pada Sabtu, dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang wanita warga emas di Taman Paroi Jaya dekat sini, pada 23 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di sebuah pondok tepi jalan di Batu 4 Jalan Port Dickson-Teluk Kemang dekat sini, pada kira-kira pukul 1 tengah hari, selain merampas barangan kemas milik mangsa yang ditemukan bersama suspek.

“Polis percaya dengan tertangkapnya lelaki ini, kes tersebut telah diselesaikan. Polis mengucapkan ribuan terima kasih atas maklumat orang ramai sehingga tertangkapnya suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata suspek akan direman sehingga 14 Okt bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Media sebelum ini melaporkan mayat mangsa yang berusia 75 tahun itu ditemukan pada 8.25 malam dengan kesan kecederaan pada anggota badan di rumahnya di Jalan Kedidi 7, Taman Paroi Jaya dekat sini, 23 Sept lepas.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading