PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI 3 PETANG INI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan perutusan khas hari ini pada jam 3 petang nanti.

Perutusan khas itu akan disiarkan di beberapa saluran televisyen utama termasuk TV AlHijrah.

Terdahulu, Ismail Sabri dilaporkan telah menghadap Yang di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Ahad, ketika spekulasi mengenai pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bertiup kencang. —AlHijrah Online

Leave a Reply