Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DISYAKI BUNUH JIRAN, PUKUL GUNA TOPI KELEDAR

DALAM NEGARA

LELAKI DISYAKI BUNUH JIRAN, PUKUL GUNA TOPI KELEDAR

Seorang lelaki ditahan dipercayai memukul jirannya menggunakan topi keledar sehingga menyebabkan kematian di sebuah rumah pangsa di Damansara, Petaling Jaya, Sabtu lalu. 

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan dipercayai memukul jirannya menggunakan topi keledar sehingga menyebabkan kematian di sebuah rumah pangsa di Damansara, Petaling Jaya, Sabtu lalu. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sekitar Kota Damansara awal pagi tadi susulan laporan yang diterima pada 9.15 malam semalam. 

Beliau berkata mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 45 tahun dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) sepenuh masa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Mohamad Fakhrudin, sebelum kejadian mangsa telah menegur suspek kerana mabuk ketika menaiki lif bersama dan setelah keluar dari lif, suspek bersama seorang lelaki terus mengejar mangsa hingga ke hadapan rumahnya.

“Siasatan awal mendapati mangsa telah dipukul di bahagian kepala dengan menggunakan topi keledar dan sebatang kayu di hadapan rumahnya. Polis merampas satu topi keledar, sebatang kayu dan satu pemetik api di tempat kejadian untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Suspek direman hingga 14 Okt bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis sedang giat mengesan lelaki yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu.

Mohamad Fakhrudin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Mohd Hafizee Ismail di talian 013-3587571.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading