PM TIBA DI PERDANA PUTRA BAGI MENYAMPAIKAN PERUTUSAN KHAS

Kenderaan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memasuki pekarangan Bangunan Perdana Putra hari ini. Beliau dijangka bagi menyampaikan perutusan khas pada 3 petang ini.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Perdana Putra tengah hari ini bagi menyampaikan perutusan khas yang dijadualkan pada pukul 3 petang ini, ketika spekulasi pembubaran Parlimen bagi memberi laluan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semakin memuncak.

“Pukul 3 (petang) saya umum,” katanya ketika ditanya mengenai pengisian perutusan khas pada pukul 3 petang yang telah diuar-uarkan melalui saluran sosial media beliau.

Ditanya perutusan itu mengenai apa, Ismail Sabri berkata: “adalah..”.

Kenderaan yang membawa Ismail Sabri Yaakob kelihatan memasuki bangunan Perdana Putra pukul kira-kira 1.35 tengah hari.

Ismail Sabri sebelum ini dijadualkan menghadiri Perhimpunan Agung Malaysian Indian Congress (MIC) ke-76 di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, Kuala Lumpur pada 2.30 petang. – AlHijrah Online

Leave a Reply