CADANGAN PENDEKKAN TEMPOH KERJAKAN HAJI TIDAK MAMPU KURANGKAN KOS
Cadangan untuk memendekkan tempoh mengerjakan haji terutamanya bagi jemaah muassasah tidak dapat membantu Tabung Haji (TH) mengurangkan kos bagi menunaikan ibadah berkenaan, malah hanya akan menaikkan kos.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar ketika sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Cadangan untuk memendekkan tempoh mengerjakan haji terutamanya bagi jemaah muassasah tidak dapat membantu Tabung Haji (TH) mengurangkan kos bagi menunaikan ibadah berkenaan, malah hanya akan menaikkan kos.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata dengan memendekkan tempoh, ia akan menyebabkan jemaah haji untuk menginap di Makkah dan Madinah semasa waktu kemuncak haji, sekali gus menyumbang kepada kenaikan kos.
“Bagi pakej jemaah haji muassasah yang dikendalikan oleh Lembaga Tabung Haji, tempoh mereka ada di tanah suci adalah antara 40 hingga 45 hari.Tempoh ini (turut) mengambil kira jadual penerbangan carter yang diluluskan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
“Secara amnya dengan memendekkan tempoh pakej muassasah, ini bermakna jemaah haji yang akan ke Arab Saudi akan mula menginap di Makkah dan Madinah pada waktu puncak iaitu harga tiket penerbangan dan sewaan bangunan adalah amat tinggi,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.
Ia bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya yang bertanya sama ada kerajaan bersedia mempertimbangkan cadangan untuk mengkaji semula tempoh ibadah haji bagi mengurangkan kos menunaikan ibadah itu.
Menurut Mohd Na’im, TH telah berusaha untuk mengawal kenaikan kos ini dengan perjanjian kontrak jangka panjang yang telah dimeterai bersama beberapa pihak di Arab Saudi membabitkan penerbangan, penginapan, sajian makanan dan pelbagai perkhidmatan lain.
Katanya dengan cara itu harga dapat ditetapkan untuk satu tempoh masa dan tidak dinaikkan setiap tahun.
Sebelum ini, Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata kos menunaikan haji bagi seorang jemaah muassasah meningkat kepada RM30,850 tahun ini berbanding RM28,623 tahun lepas. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked