TERLALU AWAL UNTUK NILAI MRT LALUAN PUTRAJAYA ATASI KESESAKAN TRAFIK WAKTU PUNCAK
Masih terlalu awal untuk menilai keberkesanan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya dalam mengurangkan isu kesesakan jalan raya, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (dua, kanan) membuat lawatan ke depoh selepas melancarkan program tenaga diperbaharui Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) di Depoh ERL Salak Tinggi hari ini. –fotoBERNAMA
SEPANG: Masih terlalu awal untuk menilai keberkesanan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya dalam mengurangkan isu kesesakan jalan raya, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Ini kerana kesesakan pada waktu puncak masih kritikal termasuklah di Lebuhraya MEX, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Sungai Besi terutama pada waktu pagi dan petang, katanya
“Keadaan kesesakan waktu puncak terutama ketika Ramadan ini agak kritikal…namun ia masih terlalu awal untuk melihat keberkesanan laluan MRT ini bagi mengurangkan kesesakan jalan raya,” katanya.
MRT laluan Putrajaya dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mula beroperasi sepenuhnya pada 16 Mac lepas.
Bercakap dalam sidang media selepas melancarkan Program Tenaga Diperbaharui Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) di Kompleks ERL Salak Tinggi di sini hari ini, Loke berkata pihaknya menyasarkan laluan Putrajaya itu digunakan 200,000 penumpang setiap hari berbanding kira-kira 80,000 pada masa ini.
Menurutnya, jumlah penumpang yang direkodkan dalam tempoh dua minggu pertama ketika beroperasi secara percuma adalah sebanyak 100,000 setiap hari.
“Memang perkara biasa sebab kalau percuma memang ramai orang akan guna namun kita melihat trend jumlah penumpang menggunakan pengangkutan awam itu sekarang terus meningkat.”
“Kita akan ambil sedikit masa untuk tingkatkan jumlah penumpang, memang dalam semua perkhidmatan rel ini adalah perkara biasa yang mana masa diperlukan,” katanya.
Sementara itu, Loke berkata inisiatif program tenaga diperbaharui bakal diperluaskan ke stesen-stesen pengangkutan awam di seluruh negara terutamanya bagi sektor pengangkutan rel.
“Dasar ini akan diperluaskan kepada operator seperti Prasarana, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan pada masa depan kita rancang untuk pasang pada stesen MRT dan LRT untuk di sekitar Lembah Kelang,” katanya.
Program tenaga diperbaharui ERL fasa pertama melibatkan pemasangan panel solar di atas bumbung stesen Bandar Tasik Selatan dan stesen Salak Tinggi yang telah berfungsi sepenuhnya sejak tahun lepas, serta yang terbaharu di Depoh ERL Salak Tinggi.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests