JENTERA SAWA TERGELINCIR, HEMPAP DUA LELAKI BANGLADESH DI TAPAK KUARI
Ketua Polis Daerah Ipoh berkata jentera milik pihak kuari itu tergelincir lalu terbalik dan menghempap kedua-dua mangsa hingga menyebabkan mereka meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.
IPOH: Siasatan awal pihak polis mendapati jentera sawa tergelincir punca kemalangan hingga menyebabkan dua lelaki Bangladesh maut di sebuah tapak kuari di Simpang Pulai di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata jentera milik pihak kuari itu tergelincir lalu terbalik dan menghempap kedua-dua mangsa hingga menyebabkan mereka meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.
“Pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta ambulans telah sampai di tempat kejadian dan mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia.”
“Pihak JBPM dengan dibantu mesin pengorek pihak kuari telah berjaya membawa keluar mayat kedua-dua mangsa dalam keadaan tersepit di jentera sawa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata mangsa kedua ditemukan berada di kokpit dan dipercayai memandu jentera sawa tersebut manakala mangsa pertama ditemukan tersepit di bingkai kokpit.
Menurut Yahaya butiran mangsa pertama berusia 25 tahun dapat dikenal pasti kerana memiliki kad pekerja dan pasport namun identiti mangsa kedua tidak dapat dikenal pasti yang pihak kuari mendakwa mangsa kedua itu bukan pekerjanya.
Katanya siasatan setakat ini mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Bedah siasat akan dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan siasatan diteruskan untuk mengenal pasti punca kejadian dan identiti mangsa kedua,” katanya.
Pada kira-kira 8.17 malam tadi, JBPM menerima panggilan mengenai kejadian itu lalu menghantar pasukan untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap menggunakan peralatan khas dan bantuan jengkaut pihak kilang berkenaan.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager