Tim Misi Kemanusiaan Mercy Malaysia ke Yaman berdepan detik cemas awal pagi tadi apabila kenderaan yang mereka naiki digeledah tentera pemisah di checkpoint sebelum memasuki wilayah Aden di selatan Yaman.
Dalam insiden mencemaskan berlaku kira-kira jam 11 malam itu, pemandu kenderaan yang juga penduduk tempatan dari wilayah Hadaramawt, turut ditumbuk seorang anggota tentera akibat salah faham.
Insiden itu bermula apabila kenderaan ditahan di checkpoint ke-63 daripada keseluruhan 72 checkpoint yang dilalui tim sukarelawan Malaysia itu dari Tarim ke bandar pelabuhan Aden.
Dalam pemeriksaan itu, beg kami digeledah satu persatu oleh tentera di pusat pemeriksaan terbabit selepas mengharungi lebih 15 jam perjalanan dari Tarim. Jarak perjalanan dari Tarim di Hadramawt ke Aden pada asalnya dijangka mengambil masa selama 14 jam mencecah 19 jam.
Tim sukarelawan Malaysia sepatutnya tiba jam 9 malam semalam sebaliknya hanya tiba di Aden jam dua pagi tadi waktu tempatan (waktu Yaman lima jam di belakang waktu Malaysia).
Ini kerana checkpoint atau titik pemeriksaan terbabit dikawal dua kumpulan berbeza iaitu tentera pro-pakatan diketuai Arab Saudi dan Emeriyah Arab Bersatu (UAE) yang menyokong kerajaan sah Yaman dan kumpulan pemisah yang mahu wilayah selatan dipisahkan dengan wilayah utara yang kini dikuasai kumpulan Houthi.
Secara relatifnya, situasi keselamatan di selatan Yaman untuk pekerja kemanusiaan adalah lebih baik jika dibandingkan di Sana’a yang terletak di wilayah utara Yaman.
Malah semalam ketika tim sukarelawan masih berada di Hadaramawt, media antarabangsa melaporkan insiden sebuah helikopter Apache milik Arab Saudi yang ditembak tentera Houthi di sempadan utara Yaman dan negara pengeluar minyak itu.
Bagaimanapun, dinamik situasi keselamatan di wilayah selatan berubah apabila ia dikuasai dan dikawal dua kumpulan tentera berbeza menyebabkan mana-mana pihak yang berurusan di Yaman perlu merancang dengan rapi dan lebih berhati-hati.
Keberadaan dua kumpulan berbeza itu menyebabkan aspek komunikasi di antara checkpoint dengan checkpoint hampir tiada dan ini menerangkan kenapa sukarelawan ditahan pada checkpoint berikutnya walaupun telah diperiksa pada checkpoint sebelumnya.
Berdasarkan pengalaman penulis sebelum ini yang memasuki wilayah konflik seperti Syria dan perjalanan ke Gaza, Palestin, melalui Semenanjung Sinai, Mesir adalah amat berbeza di mana wujud koordinasi komunikasi yang jelas di antara titik pemeriksaan tentera.
Berbeza dengan Yaman, difahamkan kedudukan checkpoint yang dekat kira-kira selang 200 meter di sesetengah kawasan juga seolah-olah sengaja dilakukan bagi memberi tekanan kepada mana-mana pihak yang berada di wilayah itu.
Konflik perang saudara di Yaman bermula pada 2014 apabila kelompok pemisah mengambil alih Sana’a dan kini menguasai sebahagian besar wilayah utara negara Arab termiskin itu.
Pakatan yang diketuai Arab Saudi kemudian bertindak dalam konflik itu dengan melakukan serangan udara ke atas kelompok pemisah pada Mac 2015 dan situasi konflik itu berlanjutan sehingga ke hari ini.
Perang saudara selama lima tahun itu mengorbankan lebih 100,000 nyawa dengan majoritinya orang awam, manakala jutaan pula berdepan dengan krisis kebuluran dan wabak penyakit dalam krisis kemanusiaan terburuk di abad ini.
Berbalik kepada misi kemanusiaan di Yaman, empat sukarelawan Mercy Malaysia diketuai Norazam Ab Samah tiba di wilayah konflik itu pada Jumaat lalu bagi misi kemanusiaan selama 12 hari.
Misi kemanusiaan itu turut disertai Muhammad Abdullah Ishari (pegawai program), Muhammad Hapis Jamil (logistik dan keselamatan) dan penulis selaku sukarelawan media dan wakil Berita AlHijrah.
“Misi kita fokus di Aden, tapi kita juga akan cuba memasuki Sana’a bagi mengakses keperluan kemanusiaan di situ,” kata Norazam menjelaskan Mercy Malaysia akan meneroka program kemanusiaan jangka panjang khususnya program nutrisi, kesihatan dan WASH (bekalan air bersih dan sanitasi).
Misi kemanusiaan kali ini menyasarkan dana keseluruhan RM1 juta bagi menjalankan program jangka panjang di Yaman untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun. Kesemua anggota misi kini berada dalam keadaan selamat. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests