Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CHINA PERTAHAN TINDAKAN 16 PESAWAT DIDAKWA CEROBOH RUANG UDARA MALAYSIA

DALAM NEGARA

CHINA PERTAHAN TINDAKAN 16 PESAWAT DIDAKWA CEROBOH RUANG UDARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR: China mempertahan tindakan 16 pesawat tenteranya yang didakwa telah menceroboh ruang udara Malaysia.

Menurut jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin, pesawat terbabit tidak memasuki ruang udara Malaysia dan ia merupakan rutin latihan, malah mereka mematuhi undang-undang antarabangsa.

“Berdasarkan maklumat diperolehi, ia adalah rutin latihan biasa yang dilakukan tentera udara China di perairan selatan atau Kepulauan Spratly, tidak menyasarkan mana-mana negara.

“Sewaktu latihan itu, tentera udara China patuh kepada peruntukan undang-undang antarabangsa dan tidak memasuki mana-mana ruang udara negara lain,” katanya.

Bagaimanapun, Wenbin memaklumkan bahawa China telah mengadakan perbincangan dengan pihak Malaysia berhubung perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN – TUDM KESAN PENERBANGAN MENCURIGAKAN 16 PESAWAT TENTERA UDARA REPUBLIK CHINA

Sebelum ini, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengesan penerbangan mencurigakan sebanyak 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM), Kota Kinabalu Flight Information Region (FIR) dan menghampiri ruang udara nasional pada 31 Mei 2021.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan Malaysia akan mengemukakan nota bantahan diplomatik kepada China.

Menurutnya, tindakan 16 pesawat PLAAF disifatkan sebagai ‘pencerobohan ruang udara dan kedaulatan Malaysia’.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading