COVID-19: INDONESIA TIDAK HANTAR JEMAAH HAJI 2021

JAKARTA: Indonesia memutuskan untuk tidak menghantar jemaah dari negara ini ke Arab Saudi bagi menunaikan ibadah Haji pada tahun ini.

Lapor Kompas.com, perkara tersebut disahkan Kementerian Agama iaitu menterinya, Yaqut Cholil Quomas dalam satu sidang media.

Menurutnya, pembatalan itu melibatkan semua bakal jemaah yang menggunakan kuota haji yang disediakan oleh kerajaan.

“Namun, terdapat beberapa perkara yang belum diselesaikan termasuk bayaran pendahuluan, penyediaan dokumen perjalanan dan jadual penerbangan.

“Semua isu tersebut akan diselesaikan selepas Arab Saudi menentukan kuota haji secara rasmi untuk Indonesia,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN – SINGAPURA TIDAK HANTAR ROMBONGAN JEMAAH HAJI 2021

Kerajaan Singapura turut mengambil langkah untuk tidak menghantar rombongan jemaah ibadah Haji bagi tahun ini disebabkan penyebaran varian baharu COVID-19.

ARTIKEL BERKAITAN – 60 RIBU JEMAAH DIBENAR TUNAI HAJI TAHUN INI

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Arab Saudi memaklumkan hanya 60,000 jemaah sahaja dibenarkan menunaikan ibadah haji bagi musim 1442H.

Daripada jumlah tersebut, 45,000 jemaah adalah dari negara luar manakala baki 15,000 ialah jemaah dari Arab Saudi.—AlHijrah Online

Leave a Reply