Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: AKTIVITI DAKI GUNUNG KINABALU DIHENTIKAN SEMENTARA

DALAM NEGARA

COVID-19: AKTIVITI DAKI GUNUNG KINABALU DIHENTIKAN SEMENTARA

Sumber Imej: Andrea Schieber (Internet)

KOTA KINABALU: Satu notis dikeluarkan bagi memaklumkan penutupan Kompleks Taman Kinabalu bermula esok hingga 8 Oktober depan.

Ia berikutan salah seorang pendaki dari Tawau dikesan sebagai kontak rapat kepada individu yang didapati positif COVID-19.

Notis berkenaan dikeluarkan Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah

“Pihak kami dimaklumkan bahawa pada 13 hingga 14 September lalu, seorang pendaki dari Tawau mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19.”

Dr Jamili Nais
Setiausaha Tetap Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah

Sehubungan itu, jelas Setiausaha Tetap Lembaga berkenaan, Dr Jamili Nais, Jabatan Kesihatan Sabah mengesyorkan Kompleks Taman Kinabalu ditutup kepada orang awam, termasuk pendaki ke Gunung Kinabalu selama 14 hari.

Ia berkuat kuasa 25 September (esok) hingga 8 Oktober depan.

“Semua kakitangan yang bertugas di pusat saringan, kaunter pendaftaran dan pintu masuk Kompleks Taman Kinabalu serta Panalaban, dikehendaki menjalani saringan kesihatan pada hari ini di Dewan Kinabalu

Dr Jamili Nais
Setiausaha Tetap Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah

Jelas Jamili lagi semua malim gunung dan porter serta kakitangan Sutera Sanctuary Lodge (SSL) dan Mt Torq yang terdedah kepada jangkitan COVID-19 ketika bertugas pada dua tarikh berkenaan, diarah menjalani saringan kesihatan.

Pun begitu, kakitangan taman, SSL dan Mt Torq serta agensi yang ada kepentingan akan dibenarkan masuk.

Semua kemudahan awam juga akan dilakukan proses nyah kuman. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading