PM SERU MEREKA YANG LAYAK BUAT PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyeru orang ramai yang layak, untuk memohon lanjutan moratorium dan segera berbuat demikian.

Jelas Muhyiddin, kerajaan akan memastikan institusi perbankan memainkan peranan untuk membantu rakyat dan perniagaan yang terkesan.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan terkini dan akan memastikan institusi perbankan memainkan peranan untuk membantu rakyat dan perniagaan yang benar-benar memerlukan dalam menghadapi tempoh yang mencabar ini.

“Oleh itu, memandangkan moratorium automatik bakal berakhir hujung September ini, saya menyeru orang ramai yang masih belum memohon untuk segera menghubungi institusi perbankan masing-masing untuk membuat permohonan,” katanya dalam dalam Perutusan Khas Kita Prihatin hari ini.

Ujar Muhyiddin, sehingga 11 September, institusi perbankan telah berbincang dengan lebih 1.4 juta peminjam dan lebih 380 ribu peminjam telah mengesahkan benar-benar memerlukan bantuan ini.

Menurut beliau lagi, 98 peratus daripada permohonan moratorium lanjutan dan bank bersasar telah diluluskan.

Sebelum ini AlHijrah Online melaporkan hanya 14 peratus pelanggan-pelanggan bank yang tampil berhubung untuk membuat rujukan tentang status moratorium mereka. — AlHijrah Online

Leave a Reply