Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEBENARAN UMRAH: MALAYSIA AKAN RUJUK ARAB SAUDI

DALAM NEGARA

KEBENARAN UMRAH: MALAYSIA AKAN RUJUK ARAB SAUDI

PUTRAJAYA: Susulan kebenaran oleh Arab Saudi bagi menunaikan ibadah umrah bermula 4 Oktober ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Malaysia akan mendapatkan maklumat rasmi daripada kerajaan Arab Saudi.

Zulkifli berkata sebarang ketetapan mengenainya perlu diperhalusi dengan kerajaan Arab Saudi.

Kerajaan yang diperintah Raja Salman Abdul Aziz Al-Sa’ud itu telah membenarkan semula ibadah umrah secara berperingkat, setelah ditangguhkan tujuh bulan, mulai 4 Oktober ini.

Zulkifli dalam pada itu beranggapan bahawa kerajaan Arab Saudi pasti akan menetapkan had jumlah jemaah umrah serta beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi.

Sekiranya rakyat Malaysia dibenarkan untuk menunaikan ibadah umrah, pihaknya serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan berbincang untuk tindakan lanjut.

“Kami akan bincang dan lihat apa saranan MKN supaya kita tidak mahu wujudkan kluster yang baru”, katanya.

Zulkifli ditemui AlHijrah Online selepas merasmikan Seminar Menangani Penipuan Umrah bersama Pengelola Umrah di Kompleks Islam Putrajaya. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading