KUALA LUMPUR: Pasukan pengurusan pengebumian jenazah terpaksa menggunakan jengkaut bagi menggali lubang kubur di beberapa tanah perkuburan di sini, susulan peningkatan jumlah kematian pesakit COVID-19.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, situasi tersebut berlaku di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS) Lebuhraya KL-Karak, Taman Selaseh dan TPIRS Bukit Kiara dengan jumlah jenazah kadangkala melebihi 30 sehari.
“Pihak jabatan terpaksa guna langkah lebih proaktif dengan menggunakan pengorek kaut iaitu dengan menyewa jentera bagi menggali lubang kubur dan penggali kita yang mahir selepas itu akan membuat liang lahad pula.
“Jentera ini juga kami gunakan untuk membantu menutup lubang kubur, semua ini adalah bagi mempercepatkan proses pengurusan jenazah,” katanya.
Memetik laporan BERNAMA, terdapat 113 petugas dalam Pasukan Pengurusan Jenazah Khas COVID-19 yang menguruskan jenazah di hospital dan pusat perubatan sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan, merangkumi 74 petugas Jawi, 21 petugas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta 18 daripada Kor Agama Angkatan Tentera.
Tambahnya, bagi petugas sukarelawan, terdapat 37 penggali kubur dan 54 pemandu jenazah.
Mohd Ajib memberitahu pasukan berkenaan akan dibekalkan bantuan makanan setiap hari serta mengambil kira keperluan mereka yang berkaitan.
Ujarnya, setakat ini pasukan berkenaan pernah menguruskan 93 jenazah dalam sehari iaitu pada Ahad lepas.
Sepanjang pandemik COVID-19 melanda di negara, sebanyak 2,352 jenazah telah diuruskan pasukan tersebut merangkumi 1,320 jenazah lelaki dan 1,032 jenazah wanita, yang majoritinya berusia 41 hingga 60 tahun iaitu sebanyak 959 jenazah diikuti 938 jenazah berusia 61 hingga 80 tahun.
Mohd Ajib bersyukur kerana semua ujian dan cabaran yang dihadapi pasukan itu khususnya di hospital dan tanah perkuburan berjaya dihadapi menerusi kerjasama erat pelbagai agensi dan sukarelawan.
“Kami sentiasa berusaha jaga kebajikan mereka dan berusaha pastikan semua pengurusan jenazah diuruskan mengikut syariah,” katanya.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked