COVID-19: KES HARIAN BAHARU HAMPIRI 9,000

PUTRAJAYA: Kes harian positif COVID-19 hari ini, 8 Julai, meningkat drastik kepada jumlah 8,868 kes.

Selangor sahaja mencatatkan sebanyak 4,152 kes manakala Kuala Lumpur berjumlah 1,133 kes.

Negeri Sembilan turut hampir mencecah empat angka iaitu sebanyak 897 kes.

Dalam perkembangan yang sama, kes sembuh baharu bagi hari ini merekodkan jumlah sebanyak 5,802 kes.

Bagaimanapun, kes kematian harian baharu mencatatkan paling tertinggi sejak pandemik COVID-19 melanda Malaysia iaitu sebanyak 135 kes.

–AlHijrah Online

Leave a Reply