Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CUBAAN SELUDUP DAGING BABI SEJUK BEKU DI KLIA GAGAL

DALAM NEGARA

CUBAAN SELUDUP DAGING BABI SEJUK BEKU DI KLIA GAGAL

Cubaan menyeludup daging babi sejuk beku menggunakan taktik menyembunyikan hasilan haiwan itu dalam 100 kotak gabus digagalkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Kargo pada Selasa lepas.

PUTRAJAYA: Cubaan menyeludup daging babi sejuk beku menggunakan taktik menyembunyikan hasilan haiwan itu dalam 100 kotak gabus digagalkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Kargo pada Selasa lepas.

Pengarah MAQIS Selangor Mohd Sobri Md Hashim menerusi satu kenyataan hari ini berkata taktik itu digunakan oleh ejen penghantaran yang mengisytiharkan hasilan haiwan itu sebagai pakaian.

Sebanyak 3,475 kilogram hasilan haiwan yang dianggarkan bernilai RM28,000 dari Vietnam itu ditahan setelah syarikat tempatan yang cuba membawa masuk gagal mengemukakan dokumen permit import yang sah dan sijil kesihatan dari negara asal, katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya. 

Sampel produk daging babi tersebut akan dihantar ke Makmal Kesihatan Veterinar bagi tujuan persampelan untuk mengenal pasti penyakit African Swine Fever (ASF), katanya.

“Tujuan larangan pengimportan serta membawa masuk daging berkenaan adalah bagi menghalang risiko penularan wabak penyakit ASF di Malaysia dan ia akan menjejaskan industri penternakan babi negara,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading