Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CUCU TAK DAPAT WANG UGUT NENEK

DALAM NEGARA

CUCU TAK DAPAT WANG UGUT NENEK

BEAUFORT: Seorang lelaki mengugut neneknya dengan parang selepas tidak diberikan wang kepadanya, dalam satu kejadian di Kampung Kerukan, Kuala Penyu, semalam.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Supt. Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, lelaki berusia 43 tahun itu bertindak mengugut untuk membunuh wanita berusia 71 tahun itu selepas permintaannya tidak dipenuhi.

“Siasatan awal mendapati suspek dan neneknya tinggal bersama.

“Suspek pernah mengamuk selepas tidak diberikan wang dan bertindak menetak dinding rumah serta tangga dapur dan dikatakan mahu membunuh orang.

“Susulan kejadian itu, neneknya membuat laporan di Balai Polis Kuala Penyu, jam 12.26 tengah hari semalam,” katanya.

Yusoff berkata, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort ke lokasi kejadian selepas mendapat laporan.

Suspek berjaya diberkas oleh polis sebelum diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Beaufort untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading