Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CUTI BERSALIN BERELAUN GURU KAFA SEKALI SEPANJANG TEMPOH LANTIKAN

DALAM NEGARA

CUTI BERSALIN BERELAUN GURU KAFA SEKALI SEPANJANG TEMPOH LANTIKAN

Pemberian cuti bersalin berelaun bagi guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang bersalin mula berkuat kuasa 1 Januari 2022.

PUTRAJAYA: Pemberian cuti bersalin berelaun bagi guru wanita Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) mula berkuat kuasa 1 Januari 2022.

Ketua Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Zakaria Othman berkata, Peraturan KAFA Tahun 2022 telah ditambahbaik dengan memasukkan perkara 42.1 (a) (iv) berkenaan cuti bersalin berelaun selama 60 hari bagi guru KAFA yang bersalin dan diberi sekali sepanjang tempoh kontrak lantikan semasa yang sedang berkuatkuasa.

“JAKIM telah memaklumkan berkenaan perkara ini kepada semua agensi pelaksanaan KAFA di negeri-negeri melalui surat siaran bertarikh 9 Februari 2022 bersamaan 7 Rejab 1443H,” dalam kenyatannya, hari ini.

Sebelum ini guru KAFA yang bersalin layak diberikan cuti selama 60 hari namun mereka tidak dibayar elaun sepanjang tempoh bercuti. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading