Connect with us

ALHIJRAH NEWS

DAKWA INDIVIDU LANGGAR SOP LEBIH SEKALI DI MAHKAMAH – MUSA HASSAN

DALAM NEGARA

DAKWA INDIVIDU LANGGAR SOP LEBIH SEKALI DI MAHKAMAH – MUSA HASSAN

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyatakan pendapat bahawa individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) lebih dari sekali perlu didakwa di mahkamah tanpa dikenakan kompaun.

Menurutnya, individu yang ingkar pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berulang kali perlu diberikan pengajaran.

“SOP mencegah jangkitan COVID-19 dikeluar dan diwar-warkan sebagai panduan yang perlu dipatuhi agar mendidik diri supaya tidak dijangkiti wabak.

“Apabila kesalahan berulang dilakukan kompaun boleh tidak diberi tetapi dituduh di mahkamah,” katanya menerusi ciapan di Twitter beliau.

Mengulas lanjut, Musa Hassan berpendapat undang-undang boleh memperuntukkan tanpa kompaun, dan sebaliknya dituduh di mahkamah melalui perwartaan.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenakan kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar SOP PKP bermula 8 April tahun lalu.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador turut menyatakan nilai kompaun ingkar SOP wajar dinaikkan, susulan peningkatan kes COVID-19.

Susulan itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Peguam Negara sedang menyediakan draf cadangan bagi menambah nilai kompaun serta denda berkaitan pematuhan SOP.

Jelasnya, usaha pindaan berkenaan mempunyai kaitan dengan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading