Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DAKWAAN KENDERAAN PBB UNTUK MISI BANTUAN BANJIR TIDAK BENAR

DALAM NEGARA

DAKWAAN KENDERAAN PBB UNTUK MISI BANTUAN BANJIR TIDAK BENAR

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan penularan video berdurasi satu minit memperlihatkan pergerakan beberapa kenderaan tiga tan berlogokan United Nations (UN) atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membawa masuk bantuan banjir kepada Malaysia.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, dakwaan yang ditularkan melalui Facebook peribadi atas nama Jong Senow dan Nazimah Ibrahim, masing-masing pada 24 dan 7 Disember 2021 adalah tidak benar sama sekali.

“Untuk makluman, paparan video tersebut adalah merupakan proses Final Acceptance Test (FAT) yang dilaksanakan oleh ATM sebelum kenderaan tersebut diaturgerakkan ke Lubnan untuk kegunaan Kontinjen MALBATT 850 yang melaksanakan misi pengaman di bawah United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta masyarakat untuk tidak membuat andaian terhadap perkara yang tidak pasti atau berita palsu yang boleh mengundang pelbagai spekulasi serta mencetuskan suasana panik dalam kalangan masyarakat.

Affendi turut menegaskan individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading