Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Dalang kebakaran hutan Riau ditahan

DUNIA

Dalang kebakaran hutan Riau ditahan

Tiga suspek dalang kebakaran hutan itu ditahan pihak berkuasa Indonesia sewaktu menceroboh kawasan hutan di Taman Nasional Tesso Nilo, Isnin lalu. GAMBAR YOUTUBE

KUALA LUMPUR – Tiga individu dipercayai dalang di sebalik kebakaran hutan di daerah Pelalawan, Riau ditahan pihak berkuasa Indonesia.

Ketiga-tiga suspek itu dikesan pihak berkuasa ketika sedang menceroboh dan membakar kawasan hutan di Taman Nasional Tesso Nilo di Indragiri Hulu, Riau.

Video serbuan oleh Tentera Nasional Indonesia menunjukkan detik ketiga-tiga suspek ditangkap di kawasan hutan Riau dan kemudiannya dibawa keluar menggunakan helikopter dari Lapangan Sorek di wilayah Pelalawan, Riau.

Mereka disiasat di bawah Akta Undang-undang Lingkungan Hidup No. 32 Tahun 2009 dan berdepan hukuman 10 tahun penjara.

Kawasan pembakaran itu dipercayai akan dijadikan ladang sawit, dan kebakaran berkenaan ada kaitannya dengan pembukaan tanah yang melibatkan beberapa pihak, sama ada secara peribadi, atau diatur oleh seseorang, atau diupah dan sebagainya.

Menurut Ketua Penegakan Hukum Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan di Wilayah II Sumatera, Edward Hutapea, selepas sesuatu lokasi itu dibuka, lazimnya ia akan ditinggalkan dalam keadaan terbakar.

Setelah dibakar, pembakar hutan akan kembali lagi untuk mengusahakan tanah tersebut menjadi ladang sawit atau untuk tujuan pengeluaran lain.

Sejak awal September, Malaysia, Indonesia dan Singapura dilanda jerebu teruk dan menjejaskan rakyat masing-masing.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading