KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Abdul Aziz Jusoh sebagai Ketua Pengarah JAKIM berkuatkuasa 15 Januari 2021.
Lantikan Abdul Aziz bagi menggantikan ketua pengarah sebelum ini, iaitu Allahyarham Datuk Paimuzi Yahya yang meninggal dunia pada 8 Oktober 2020.
Abdul Aziz yang merupakan anak kelahiran negeri Kelantan sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan memiliki Sijil Kaunseling dan Pengurusan Agama dari Muslim College London.
Surat pelantikan Abdul Aziz sebagai Ketua Pengarah JAKIM baharu telah disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pagi tadi.
Menurut Zulkifli, pemilihan Abdul Aziz berdasarkan justifikasi antaranya berkhidmat di JAKIM selama lebih 34 tahun dan berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam khususnya pentadbiran Hal Ehwal Islam, dan berintegriti tinggi dengan rekod bersih serta cemerlang sepanjang perkhidmatan.
Beliau juga kata Zulkifli, diterima baik oleh rakan strategik utama JAKIM dalam kalangan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dan juga warga JAKIM.
“Dengan kelayakan dan pengalaman luas beliau dalam pentadbiran Hal Ehwal Islam di Malaysia, kerajaan yakin bahawa beliau mampu untuk menerajui JAKIM sebagai Agensi Hal Ehwal Islam peringkat Persekutuan.
“Ini bagi menjunjung Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14 yang mahu Kerajaan mewujudkan pentadbiran agama Islam yang inklusif, progresif, membentuk hubungan etnik dan agama yang harmoni, menyantuni kemanusiaan dan peradaban ke arah kesejahteraan sejagat,” kata Zulkifli dalam kenyataan hari ini.
Tambaj Zulkifli, doa dan harapan pihak kerajaan agar pelantikan Ketua Pengarah yang baharu ini dapat memacu JAKIM ke arah memperkasa peranannya sebagai agensi Hal Ehwal Islam di peringkat Persekutuan yang kompetitif dan berdaya saing di peringkat global. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests