Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMERGIAN SYEKH ALI JABER KEHILANGAN BESAR DUNIA NUSANTARA – ZULKIFLI

DALAM NEGARA

PEMERGIAN SYEKH ALI JABER KEHILANGAN BESAR DUNIA NUSANTARA – ZULKIFLI

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pendakwah terkenal Indonesia, Syekh Ali Jaber atau nama sebenarnya Ali Saleh Mohammed Ali Jaber yang meninggal dunia hari ini.

Pemergian Syekh Ali Jaber katanya satu kehilangan besar kepada dunia Nusantara.

“Takziah diucapkan kepada keluarga Syaikh Ali Saleh Mohammed Ali Jaber, ilmuan dan pendakwah terkenal Indonesia yang telah pergi meninggalkan kita hari ini.

“Saya tidak mengenali beliau secara peribadi, namun berdasarkan pengiktirafan ramai pihak kepada beliau jua siri pengajian ilmu beliau di media sosial, saya anggap beliau sebagai seorang ilmuan dan pendakwah yang soleh,” katanya Zulkifli menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.

Pendakwah bebas berketurunan Arab itu dilapor meninggal dunia pagi tadi ketika sedang menjalani rawatan COVID-19 di Rumah Sakit Yarsi, Jakarta.

Namun punca kematian pendakwah bebas berusia 44 tahun itu belum diketahui selepas ada laporan menyatakan Allahyarham negatif virus itu sebelum meninggal dunia. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading