Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DBKL TAWAR KEDIAMAN KEPADA PESARA TENTERA TINGGAL DALAM KERETA

DALAM NEGARA

DBKL TAWAR KEDIAMAN KEPADA PESARA TENTERA TINGGAL DALAM KERETA

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan satu unit kediaman di Perumahan Awam Seri Johor 4C, Cheras, di sini, kepada pesara tentera yang dikatakan tinggal di dalam sebuah kereta sejak 20 tahun lepas.

Sumber Gambar: ARKIB BERNAMA

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan satu unit kediaman di Perumahan Awam Seri Johor 4C, Cheras, di sini, kepada pesara tentera yang dikatakan tinggal di dalam sebuah kereta sejak 20 tahun lepas.

DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan tawaran kediaman kepada bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia Mohd Redzuan Abdullah itu, berkuat kuasa hari ini.

“Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim akan menyerahkan sendiri surat tawaran kediaman kepada pesara berkenaan dalam waktu yang terdekat,” menurut kenyataan itu.

Semalam Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff, Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique serta Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL Ismadi Sakirin menziarahi pesara berkenaan.

Terdahulu nasib Mohd Redzuan mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu pesara itu diberikan sebuah rumah transit dalam masa terdekat dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading