DIKEJAR LEBIH SEJAM, DUA LELAKI CURI KABEL TELEKOMUNIKASI DITAHAN
Polis menahan dua lelaki termasuk seorang bekas anggota pasukan keselamatan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel telekomunikasi selepas dikejar lebih sejam dalam kejadian di Kota Kinabalu, Sabtu lepas.
KOTA KINABALU: Polis menahan dua lelaki termasuk seorang bekas anggota pasukan keselamatan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel telekomunikasi selepas dikejar lebih sejam dalam kejadian di sini, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata ketika kejadian pada 6.30 pagi itu, kedua-dua lelaki terbabit dikesan sedang melakukan aktiviti memotong kabel telekomunikasi di kawasan Maktab Gaya, Luyang.
“Ketika cuba ditahan, kedua-dua suspek bertindak agresif untuk meloloskan diri daripada ditahan kereta peronda polis (MPV) dengan menaiki pacuan empat roda.
“Insiden berkenaan berakhir di Taman Putra Perdana, Telipok selepas kenderaan dinaiki suspek terbabas akibat tayar belakang kenderaan pecah dan suspek berjaya ditahan selepas dikejar lebih sejam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kasim berkata kedua-dua suspek bukan sahaja enggan memberhentikan kenderaan, malah cuba mengancam anggota penguat kuasa dengan menghimpit kenderaan polis ke laluan bertentangan.
“Tindakan itu turut membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain apabila suspek memandu secara melulu di beberapa laluan awam,” katanya.
Beliau berkata pemeriksaan di dalam kenderaan suspek menemukan tiga batang kabel Telekom, peralatan memotong kabel, sepucuk pistol tiruan dan pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti jenayah.
“Pemeriksaan turut menjumpai dadah jenis syabu seberat 0.44 gram dan hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis syabu.
Suspek, katanya, akan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, Seksyen 431A akta sama berkaitan kecurian kabel serta Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked