RAKYAT MANFAAT SARA UNTUK PERSIAPAN TAHUN BAHARU CINA, RAMADAN
Kebanyakan rakyat di seluruh negara yang mula menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk Semua hari ini, akan memanfaatkan bantuan itu untuk membuat persiapan Tahun Baharu Cina minggu depan dan Ramadan yang bakal tiba.
KUALA LUMPUR: Kebanyakan rakyat di seluruh negara yang mula menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk Semua hari ini, akan memanfaatkan bantuan itu untuk membuat persiapan Tahun Baharu Cina minggu depan dan Ramadan yang bakal tiba.
Rata-rata penerima juga bersyukur mendapat inisiatif Kerajaan MADANI itu buat kali kedua selepas memperoleh bantuan RM100 secara sekali beri itu tahun lepas, apatah lagi peluasan kategori barangan SARA untuk Semua merangkumi makanan sejuk beku kali ini dapat memberikan lebih banyak pilihan kepada mereka.
SARA untuk Semua mula disalurkan hari ini kepada lebih 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang boleh digunakan di kedai berdaftar untuk membeli barangan keperluan asas terpilih hingga 31 Dis ini.
Nancy Cheong, 75, berkata peluasan kategori barangan merangkumi makanan sejuk beku disifatkan sebagai langkah amat praktikal dan relevan dengan keperluan isi rumah.
“SARA memudahkan kami membeli barang keperluan yang benar-benar diperlukan, sekali gus dapat mengurangkan beban perbelanjaan harian,” katanya ketika ditemui di pasar raya Mydin Subang Jaya hari ini.
Seorang penjual makanan, A. Sujita, 46, berkata dia dan empat ahli keluarganya membeli barangan keperluan buat keluarganya yang terdiri daripada 10 orang dengan bantuan SARA.
“SARA ini membantu kami membeli keperluan dapur seperti beras, gula dan minyak. Sekiranya ada baki, saya akan gunakannya pula untuk membeli barang berniaga seperti mihun dan mi, jadi saya tak perlu keluarkan modal yang banyak,” katanya yang menjana pendapatan kira-kira RM300 sehari daripada perniagaannya.
Di Kedah, Tan Ooi Meng, 68, dari Taman Wira Mergong, Alor Setar berkata dia menggunakan bantuan SARA itu untuk membeli beberapa barangan keperluan, terutamanya beras, minyak dan gula kerana empat anaknya akan pulang menyambut perayaan Tahun Baharu Cina di rumahnya.
“Saya datang awal pagi ini dan masih belum ramai pelanggan. Sistem untuk buat pembayaran juga lancar, pekerja di kedai ini bagus kerana mereka banyak membantu termasuk memberikan penjelasan, terutamanya kepada warga emas yang mungkin kurang mahir,” katanya.
Noor Atiqah Effendi, 42, dari Taman Orkid, Pendang yang merupakan ibu tunggal berkata bantuan SARA itu besar makna buatnya, khususnya dalam membuat persiapan dan membeli barangan keperluan untuk menyambut Ramadan tidak lama lagi.
“Saya hanya ambil upah jaga kedai runcit, jadi pendapatan tidak cukup untuk tampung tiga anak yang berusia antara lapan hingga 12 tahun. Memang runsing memikirkan untuk sambut Ramadan ini kerana duit sudah banyak habis kerana membeli persiapan persekolahan mereka sebelum ini.
“Sesetengah orang kata RM100 sedikit, tetapi bagi saya sudah cukup untuk menampung keperluan kami sepanjang bulan puasa ini. Saya gunakan untuk beli barangan makanan yang penting sahaja seperti beras, minyak, bawang dan ayam,” katanya.
Di Kelantan, pelajar semester satu sebuah universiti tempatan, Amir Asyraf Mohd Rizaludin, 21, berkata dia bersama dua lagi abangnya yang turut menerima bantuan SARA akan menggunakan manfaat itu untuk membeli barangan keperluan asas sebagai persediaan menyambut Ramadan.
“Selain emak dan ayah, saya dan dua lagi abang turut menerima bantuan SARA, jadi jumlah keseluruhan bantuan yang kami sekeluarga terima adalah sebanyak RM500.
“Bantuan ini bukan sekadar meringankan beban keluarga, tetapi juga membuka ruang kepada golongan muda dan anak-anak untuk berbakti kepada keluarga,” katanya ketika ditemui di sebuah pasar raya di Pasir Tumboh, Kota Bharu hari ini.
Di Negeri Sembilan, seorang suri rumah, Nurhaniza Abdul Ghafar, 38, berkata kepelbagaian pilihan barangan ditawarkan melalui SARA membolehkannya membeli makanan sejuk beku seperti nuget untuk anak-anaknya.
“Tahun lepas, saya hanya membeli barangan asas seperti beras dan susu formula, namun kali ini saya dapat membeli nuget sebagai stok makanan untuk anak-anak,” kata ibu kepada tiga anak berusia antara dua hingga 15 tahun itu.
Di Pahang, Badrul Hisham Mahmud, 47, yang menetap di Permatang Badak, Kuantan berkata sumbangan berkenaan ibarat talian hayat untuk membeli barangan keperluan ketika diperlukan selain mengamalkan sikap berjimat dengan menggunakan bantuan itu secara berperingkat.
“Inisiatif ini bagus kerana dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga, dengan kategori barangan juga diperluas kepada produk sejuk beku, saya lihat langkah ini memudahkan penyediaan makanan ketika bulan puasa, terutama semasa sahur,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked