Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DIDAKWA EDAR METHAMPHETAMINE

DALAM NEGARA

LELAKI DIDAKWA EDAR METHAMPHETAMINE

Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine awal bulan ini.

Sumber: BERNAMA

IPOH: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine awal bulan ini.

Ong Gim Seong, 38, mengangguk faham selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa mengedar dadah dianggar seberat 114.0 gram di sebuah rumah di Taman Tawas Idaman, di sini pada 3.55 petang, 4 Feb.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39b (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39b (2) akta sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup, dan jika tidak dihukum mati, dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zulqarnain Wan Asmira manakala Ong tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 11 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading