Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah menggunakan modus operandi tong gas helium selepas menahan empat individu dalam operasi khas di sebuah kediaman di Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah menggunakan modus operandi tong gas helium selepas menahan empat individu dalam operasi khas di sebuah kediaman di Jalan Tun Razak di sini, semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata hasil serbuan pada 5.30 petang, seorang lelaki dan wanita masing-masing warganegara China serta seorang lelaki warga Hong Kong berumur antara 26 hingga 36 tahun itu, dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah di sekitar ibu negara.
“Pihak polis berjaya merampas lima tong gas bertulis helium disyaki mengandungi dadah jenis MDA, tiga peket plastik berisi serbuk disyaki dadah jenis MDMA dan empat kartrij disyaki dadah jenis methamphetamine.
“Saringan air kencing ketiga-tiga suspek didapati positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine dan ketamin. Semua suspek aktif mengedar dadah berbentuk tong gas yang disertakan bersama belon untuk tujuan pelanggan menghisap dadah jenis MDMA di kelab-kelab malam di sekitar Kuala Lumpur sejak tiga bulan lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Fadil berkata susulan tangkapan itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 39 tahun di sekitar kawasan itu dan merampas 14 kotak mengandungi botol berisi gas disyaki dadah jenis MDMA dengan anggaran berat 58.24 kilogram, tujuh bungkusan belon dan sebuah kereta jenis Perodua.
“Jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM69,491 dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A (2) ADB 1952, Seksyen 39A (1) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. Kesemua suspek direman hari ini bagi membantu siasatan.
“Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam pengedaran, memiliki atau melindungi sebarang aktiviti yang berkait dengan dadah. Sebarang penyaluran maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur melalui talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis berhampiran,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager