SEKATAN KE LUAR NEGARA HANYA KEPADA PEMINJAM PTPTN BERPENDAPATAN TINGGI YANG CULAS
Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim.
KUALA LUMPUR: Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
“Hanya peminjam berpendapatan tinggi atau mencukupi yang benar-benar culas dan menepati beberapa kriteria tertentu sahaja akan dikenakan sekatan perjalanan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) mengenai langkah kementerian membantu graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap, tetapi disenarai hitam untuk ke luar negara kerana gagal menjelaskan tunggakan PTPTN.
Adam Adli berkata pada masa ini, kira-kira 0.7 peratus daripada keseluruhan peminjam yang culas disenaraikan untuk tindakan sekatan berkenaan.
Sementara itu, beliau berkata bagi meringankan beban graduan, tempoh penangguhan bayaran balik selama 12 bulan selepas tamat pengajian dikekalkan bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan dan pendapatan stabil terlebih dahulu.
Selain itu, katanya peminjam yang tidak berkemampuan dibenarkan melakukan penstrukturan semula bayaran mengikut kemampuan kewangan sehingga umur 60 tahun.
Adam Adli berkata setakat ini, sejumlah RM77.5 bilion pinjaman dikeluarkan bagi membantu lebih 4.26 juta pelajar di seluruh negara. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager